Kencing manis atau diabetes ialah penyakit kronik yang menjadi masalah besar di kebanyakan negara di dunia. Secara amnya, bilangan pesakit kencing manis semakin meningkat. WHO menganggarkan, pada tahun 2030, pesakit diabetes di Malaysia adalah seramai 2.48 milion.
Sehingga hari ini, belum ada rawatan ditemui untuk menyembuhkan diabetes. Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor hanya untuk mengawal paras gula di dalam darah sahaja.
Kencing manis ialah satu keadaan di mana paras gula dalam darah menjadi tinggi. Paras gula dalam darah meningkat apabila badan kita tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau gagal menggunakan insulin yang ada dengan berkesan. Insulin ialah hormon yang dihasilkan oleh pancreas untuk menurunkan gula dalam darah.
Gambarajah di atas menunjukkan lokasi pancreas di dalam tubuh kita
Ada 2 jenis diabetes yang dikenalpasti:
1) Jenis 1 (Insulin dependent)
Biasanya berlaku disebabkan penyakit autoimmune yang menybabkan kerosakan pada pancreas.
Selalu berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Pesakit dibetes jenis 1 memerlukan
insulin untuk terus hidup.
2) Jenis 2 (tidak bergantung pada insulin)
Lebih 90% penghidap diabetes adalah jenis 2. Ia biasanya berlaku di kalangan orang dewasa dan
mereka yang gemuk. Ia adalah masalah metabolik di mana badan tidak boleh menghasilkan cukup
insulin atau insulin tidak digunakan dengan berkesan.
Tanda-tanda kencing manis
- kerap kencing
- selalu lapar dan kerap makan
- lesu
- berat badan turun mendadak
- luka lambat sembuh
- haus yang berlebihan
- penglihatan kabur
- rasa kebas
- gatal pada kemaluan
- mempunyai sejarah kencing manis dalam keluarga
- berlebihan berat badan
- tidak bersenam secukupnya
- wanita yang pernah melahirkan anak melebihi 4 kg
- sejarah diabetes semasa hamil
- umur yang semakin meningkat, tetapi sekarang bilangan penyakit diabetes remaja semakin meningkat
- pemakanan yang tidak sihat
- gaya hidup sedentari
Komplikasi diabetes
Diabetes yang tidak perkawal boleh mendatangkan kemudaratan dan merosakkan pelbagai organ.
Komplikasi akut atau kecemasan
- Hipoglisemia; paras gula dalam darah menjadi rendah kesan daripada pengambilan ubat-ubatan. Tanda-tandanya adalah seperti pening, berpeluh, menggigil, pitam, pensan dan sawan.
- Hiperglisemia; paras gula terlalu tinggi. Tanda-tandanya mengantuk dan tidak sedarkan diri.
- Diabetic ketoasidosis; paras gula terlalu tinggi hingga menyebabkan anda muntah, kekurangan air dan tidak sedarkan diri.
- Mata: katarak, pendarahan dalam mata, buta
Pendarahan dalam mata
No comments:
Post a Comment