- Basuh kaki setiap hari
- Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
- Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
- Potong kuku jari kaki secara lurus
- Tukar stokin anda setiap hari
- Jangan berjalan tanpa kasut
- Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah.
- Pakai kasut yg bertutup, depan dan belakang
- Pastikan sblm pakai kasut, tiada objek yang boleh mencederakan kaki di dalam kasut tu
INFO SIHAT
Wednesday, 17 August 2011
Tips penjagaan kaki untuk pesakit kencing manis
Kencing Manis: tanda-tanda, faktor risiko dan komplikasi
Apakah kencing manis?
Kencing manis atau diabetes ialah penyakit kronik yang menjadi masalah besar di kebanyakan negara di dunia. Secara amnya, bilangan pesakit kencing manis semakin meningkat. WHO menganggarkan, pada tahun 2030, pesakit diabetes di Malaysia adalah seramai 2.48 milion.
Sehingga hari ini, belum ada rawatan ditemui untuk menyembuhkan diabetes. Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor hanya untuk mengawal paras gula di dalam darah sahaja.
Kencing manis ialah satu keadaan di mana paras gula dalam darah menjadi tinggi. Paras gula dalam darah meningkat apabila badan kita tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau gagal menggunakan insulin yang ada dengan berkesan. Insulin ialah hormon yang dihasilkan oleh pancreas untuk menurunkan gula dalam darah.
Faktor risiko kencing manis
Komplikasi diabetes
Diabetes yang tidak perkawal boleh mendatangkan kemudaratan dan merosakkan pelbagai organ.
Komplikasi akut atau kecemasan

Gambarajah di atas menunjukkan lokasi pancreas di dalam tubuh kita
Ada 2 jenis diabetes yang dikenalpasti:
1) Jenis 1 (Insulin dependent)
Biasanya berlaku disebabkan penyakit autoimmune yang menybabkan kerosakan pada pancreas.
Selalu berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Pesakit dibetes jenis 1 memerlukan
insulin untuk terus hidup.
2) Jenis 2 (tidak bergantung pada insulin)
Lebih 90% penghidap diabetes adalah jenis 2. Ia biasanya berlaku di kalangan orang dewasa dan
mereka yang gemuk. Ia adalah masalah metabolik di mana badan tidak boleh menghasilkan cukup
insulin atau insulin tidak digunakan dengan berkesan.
Tanda-tanda kencing manis
- kerap kencing
- selalu lapar dan kerap makan
- lesu
- berat badan turun mendadak
- luka lambat sembuh
- haus yang berlebihan
- penglihatan kabur
- rasa kebas
- gatal pada kemaluan
- mempunyai sejarah kencing manis dalam keluarga
- berlebihan berat badan
- tidak bersenam secukupnya
- wanita yang pernah melahirkan anak melebihi 4 kg
- sejarah diabetes semasa hamil
- umur yang semakin meningkat, tetapi sekarang bilangan penyakit diabetes remaja semakin meningkat
- pemakanan yang tidak sihat
- gaya hidup sedentari
Komplikasi diabetes
Diabetes yang tidak perkawal boleh mendatangkan kemudaratan dan merosakkan pelbagai organ.
Komplikasi akut atau kecemasan
- Hipoglisemia; paras gula dalam darah menjadi rendah kesan daripada pengambilan ubat-ubatan. Tanda-tandanya adalah seperti pening, berpeluh, menggigil, pitam, pensan dan sawan.
- Hiperglisemia; paras gula terlalu tinggi. Tanda-tandanya mengantuk dan tidak sedarkan diri.
- Diabetic ketoasidosis; paras gula terlalu tinggi hingga menyebabkan anda muntah, kekurangan air dan tidak sedarkan diri.
- Mata: katarak, pendarahan dalam mata, buta
Pendarahan dalam mata
PENAFIAN
Salam sejahtera kepada para pembaca sekelian. Di sini saya ingin berkongsi maklumat dan ilmu bersama para pembaca sekelian. Coretan saya di sini tidak bermaksud untuk mendiagnos atau mengesahkan sesuatu penyakit atau menggantikan rawatan dan perkhidmatan professional kesihatan. Blog ini menyediakan pautan ke laman-laman lain, tetapi tidak mempunyai kawalan ke atas laman-laman tersebut. Oleh itu saya tidak bertanggungjawab terhadap apa juga isi kandungan dan tawaran laman-laman tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)